Sabtu, 15 Disember 2012

islam itu indah


Seorang bijak pandai telah berpesan kepada anak lelakinya
“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

*  Jika engkau berbakti kepadanya dia akan melindungi kamu

     *  Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya dia akan membalas balik persahabatanmu
    
     *  Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya dia akan membantumu

     *  Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya dia akan menerimanya dengan baik

     *  Jika dia mendapat sesuatu kebaikan (bantuan) daripadamu dia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu

     *  Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik mengenaimu dia akan menutupnya

     *  Jika engkau meminta bantuan daripadanya dia akan mengusahakannya

     *  Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta) dia akan menanyakan kesusahanmu

     *  Jika datang bencana menimpa dirimu dia akan meringankan kesusahanmu

     *  Jika engkau berkata kepadanya nescaya dia akan membenarkanmu

     *  Jika engkau merancang sesuatu nescaya dia akan membantumu

     *  Jika kamu berdua berselisih faham nescaya dia akan lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan